Qawaid Fiqhiyyah

اليقين لا يزال بالشك

Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan

Bermaksud: Sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku ataupun tidak, maka keraguan yang datang selepasnya tidak diambil kira.

(Seseorang yang telah meyakini sesuatu perkara yang telah ditetapkan hukum terhadapnya, kemudian berlaku syak atau keraguan maka keyakian yang asal itu dipakai dan keraguan yang datang selepas itu tidak diambilkira.)

 

Pecahan Kaedah

 

1.Kekal sesuatu itu mengikut apa yang sebelumnya atau asalnya.

-          Seseorang yang yakin berwuduk dan selepas itu datang syak samada berhadas atau tidak maka ia dikira masih suci.

-          Berbuka puasa tanpa berijtihad, lalu syak samada matahari terbenam atau belum, maka batal puasanya kerana asalnya matahari itu belum tenggelam.

2. Asal sesuatu itu tidak ada.

-          Menggunakan harta orang lain yang dikatakan telah diizinkan kepadanya, tetapi tuan punya barang menafikan dakwaan itu.Maka pengakuan pemilik barang yang diterima kerana asal harta itu tidak diizinkan.

-          Seseorang mendakwa ia tidak melakukan persetubuhan, maka pendakwaan itu diterima kerana asalnya tidak ada hubungan seks.

3. Asal seseorang itu bebas dari tanggung jawab.

-          Barang yang rosak dalam penjagaan penyimpan minta diganti oleh tuan punyanya,lalu penyimpan menafikannya. Penafian tersebut diterima kerana pada asalnya penyimpan itu bebas dari tanggung jawab.

 

4. Asal sesuatu perkataan itu dikira maksudnya yang hakiki.

-          Seseorang mewakafkan hartanya kepada anak (walad) maka cucunya tidak boleh menerima harta tersebut kerana maksud perkataan sebenar ialah anak(walad). Maka tidak termasuk cucu (Walad al_Walad)

-          Sesorang bersumpah tidak akan membeli selepas itu dia mewakilkan kepada orang lain untuk membeli, maka tidak dikenakan kaffarah.

5. Syak adakah telah dilakukan atau belum maka dikira belum melakukan.

-          Syak adakah ia melakukan atau belum sesuatu rukun sewaktu solat, maka hendaklah mengulanginya semula sebab dikira belum melakukannya.

-          Syak bewuduk atau belum maka hendaklah berwuduk semula.

 

6. Asal sesuatu yang berlaku dikira masa yang paling hampir.

-          Sembahyang dengan berwuduk dari sebuah perigi selama beberapa hari, hari berikutnya didapati ada bangkai maka tidak wajib mengganti solatnya kecuali solat yang diyakini dari wuduk dari air yang bernajis.

-          Melihat ada mani pada kain sedangkan ia tidak ingat bilakah ia bermimpi,maka wajiblah ia mandi dan mengganti solat selepas tidurnya yang terakhir.

7.Asal sesuatu itu dikira harus sehingga ada dalil yang mengharamkannya.

-          Binatang yang tidak jelas tentang haramnya,maka hukumnya halal dimakan.

-          Buah-buahan yang tidak jelas haramnya, halal dimakan.          

8. Asalnya kemaluan perempuan itu adalah haram.

-          Berkahwin dengan perempuan yang tidak yakin samada mahramnya atau ajnabi maka hukumnya adalah haram kerana berdasarkan pengharaman asalnya.

 

 

 

 

المشقة  تجلب  التيسير

Kesukaran itu membawa kemudahan

Kaedah ini bermaksud sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam melaksanakan perintah allah itu maka perintah itu diringankan.

Berdasarkan Dalil :-

يريد الله بكم اليسر ول يريد بكم العسر

)(Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.)

-          Islam membawa konsep kemudahan dan keringanan.

-          Tuntutan Taklif tidak dikira Musyaqqah kerana mengikut adat tidak menjadi bebanan malah satu keperluan.

-          Tidak semua perkara diberi rukshah hanya perkara tertentu sahaja. 

-          Sekiranya semua perkara diberi rukshah  sedah tentu hidup tidak akan sempurna

Sebab-Sebab Rukshah

  1. Musafir. Boleh qasar @ Jama’ solat.
  2. Sakit. Boleh bertayammum atau meninggalkan puasa.
  3. Terpaksa. Kelaparan yang boleh mengancam nyawa diharuskan  memakan perkara yang diharamkan.
  4. Terlupa. Makan kerana terlupa pada bulan puasa dimaafkan.
  5. Kejahilan. Kejahilan dimaafkan.
  6. Umum al-Balwa. (Tidak dapat Dielakkan) Air jalan raya yang terpercik pada kain pada hari hujan dimaafkan.
  7. Kekurangan. Kanak-kanak dan permpuan tidak wajib jumaat atas dasar kekurangan sifat-sifat tertentu.

 

Pecahan Kaedah

  1. Kesulitan harus dihapuskan menurut syarak.

-          Mencari arah Kiblat tidak perlu Yakin tetapi cukup dengan Zhan.

  1. Apabila sesuatu urusan itu sempit maka lapangkanlah.

-          Saksi wanita boleh diterima apabila lelaki tidak mengetahuinya seperti melihat kecacatan pada wanita.

 
 
 
 
العادة  محكمة

Adat dijadikan sebagai hakim

Bermaksud adat dijadikan sebagai hakim dalam menentukan sesuatu hukum. Berdasarkan hadis:

ما راه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن ,و ما راه المسلمون قبيحا فهو عند الله قبيح

(Apa yang dinilai oleh orang muslim itu baik maka ia adalah baik disisi Allah dan Apa yang dinilai oleh orang muslim itu buruk maka ia adalah buruk disisi Allah.)

Adat

-          Bahasa ialah Perkara yang menjadi biasa pada orang ramai atau masyarakat.

-          Istilah ialah  Perkataan atau perbuatan yang diulang-ulang  tanpa ada kaitan disegi akal.

-          Uruf perkataan seperti MAKANAN digelarkan kepada benda-benda yang boleh dimakan.

-          Uruf perbuatan ialah perkara yang sering dilakukan oleh orang ramai seperti Mas Kahwin dibayar kepada perempuan sebelum disetubuhi  atau mata wang di Malaysia digunakan RM atau ringgit.

-          Uruf Am ialah perkara yang dikenali di seluruh negara Islam seperti perkataan Nazar wajib ditunaikan sekiranya yang dinazar itu harus atau sunat.

-          Uruf Khas ialah perkara yang dikenali di sebahagian negara Islam sahaja seperti di Malaysia menanggal kasut sewaktu masuk rumah.

Kehujahan

-          Syarak memandang uruf dan adat sebagai dalil untuk membentuk perundangan Islam. Atau menjadikan adat itu segai hakim dalam pembentukan undang-undang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 31 other followers

%d bloggers like this: