Amalan Riba

3 RIBA

Lebih, bertambah, Subur

Akad perjanjian tambahan bagi sesuatu pertukaran barang sebab tangguh samaada  diketahui persamaan  ketika akad atau tidak diketahui persamaannya dengan menangguhkan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya.

Dalil

وأحل لله  البيع وحرم الربوا

Hukumnya   Haram

Jenis Riba

 

  1. Riba jual beli
  2. Riba berhutang:

 

1. Riba jual beli (Riba al-Buyu’i).

Riba jual beli bermakna riba yang berlaku pada tukaran barang (melalui sistem bayaran). la terbahagi kepada tiga:

i. Riba al-Fadhli:

laitu menjual barang ribawi (al-Asyya’al-Ribawiyyah) secara tunai dengan sesama jenisnya secara berlebih kurang.  Contohnya seperti menjual (menukar) sekilo gandum dengan sekilo setengah gandum atau menjual dua kilo beras dengan tiga kilo beras.

ii. Riba al-Yad:

laitu jual beli (tukaran barang) bagi barang ribawi yang berbezajenis secara tunai, tetapi lewat penyerahan salah satunya.  Contohnya seperti jual gandum dengan barli tanpa serah terima dalain majlis ‘aqad (kontrak).

iii.Riba al-Nasi’ah:

laitu jual beli barang ribawi yang berbeza jenis secara bertangguh kepada suatu tempoh, tetapi apabila tiba tempohnya pembeli tidak dapat membayarnya, maka dipanjangkan lagi tempoh bayaran dengan membayar tambahan bagi tempoh yang dilanjutkan itu.

2. Barang berhutang (Riba al-Qardhi)

Iaitu kontrak hutang wang (penjamin wang) untuk suatu tempoh tertentu yang disertakan dengan syarat tambahan keatas jumlah hutang seperti  A memberi hutang kepada B sebanyak RM 50 selama 3 bulan dengan syarat B beyar lebih RM 10 lagi sebagai bunga.

Jenis Barang Riba

 

  1. Emas
  2. Perak
  3. Hintah (gandum)
  4. Tamar
  5. Garam
  6.  Gandum (tepung)

 

Hikmat pengharaman

 

  1. Permusuhan
  2. Galakan hutang untuk pahala bukan penindasan
  3. Keuntungan tanpa usaha lebih
  4. Penindasan
  5. Bertambah kaya
  6. Rosak hubungan silaturrahim

 

 

Syarat penjualan Barang Riba sama jenis seperti emas dengan emas

 

  1. Hendaklah sama sukatan dan timbangan
  2. Hendaklah Tunai
  3. Berterimaan dalam majlis akad

 

Syarat penjualan Barang Riba yang tidak  sama jenis seperti gandum dengan beras

 

  1. Hendaklah tunai
  2. Berterimaan dalam majlis akad

 

Sekiranya barang pertukaran yang berlainan jenis seperti beras dengan wang  Tidak dikenakan apa-apa syarat. Boleh dijual sesuka hati.

Pinjaman dengan faedah

 

  1. Seperti urusan Bank biasa adalah Haram kerana berunsur penindasan
  2. Jumlah hutang meningkat jika terlebih tempoh bayaran.
  3. Tanpa Faedah diharuskan seperti al_Qard al-Hasan yang ditawar oleh Bank Islam dan YAPEIM.

 

Simpanan dengan faedah

 

  1. Jumhur menyatakan Hukumnya haram sebab unsur riba.
  2. Bank Biasa haram kerana dijanjikan lebihan  sserta ditetapkan  walaupun menanggung kerugian
  3. Bank Islam adalah harus sebab bayaran lebihan tidak ditetapkan waktu akad dan pemberian lebihan sebagai ihsan bukan faedah. Lebihan tersebut berdasarkan keuntungan bank menggunakan modal penyimpan.

 

Sewa Beli

 

  1. Hukumnya Harus berdasarkan Maslahah umum.
  2. Dengan syarat tidak ada unsur riba,penipuan dan kezaliman.
  3. Untuk menolong pelanggan
  4. Dapat bayar secara ansuran
  5. Kadar sewa berpatutan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: