MUNAKAHAT

PENGERTIAN PERKAHWINAN.

Bahasa:

berkumpul atau berhimpun

Istilah :

suatu ikatan melalui akad yang menggunakan perkataan kahwin diantara lelaki dan perempuan  mengharuskan pergaulan di antara mereka dan menghalang persetubuhan yang diharamkan  sebelumnya.

Dalil :    Perkahwinan itu Sunnahku , sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku.( Riwayat al- Bukhari)

 

Dalil :    Wahai pemuda, sesiapa sahaja daripada kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah  berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Dan, sesiapa di antara kamu yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana ia boleh menjadi perisai              (Riwayat Ibni Masa’ud).

 

Hukum  perkahwinan.

  1. Wajib – lelaki yang berkemampuan dari segi nafkah zahir dan batin serta bimbang akan terjarumus ke lembah zina dan keji  sekiranya tidak berkahwin.

 

  1. Sunat – lelaki yang berkemampuan dari segi nafkah zahir dan batin serta mempunyai nafsu untuk berkahwin dan bertujuan untuk menjaga khormatan diri dan agama, namun masih dapat mengawal diri dari melakukan zina dan terkutuk sekiranya tidak berkahwin.

 

  1. Harus – lelaki yang tidak mempunyai sebab yang mendorong dia berkahwin dan tidak ada sebab yang menghalang dia daripada berkahwin.Juga harus bagi lelaki yang berkemampuan tetapi belum ada keinginan untuk berkahwin.

 

  1. Haram – lelaki yang tidak berkemampuan dari segi nafkah zahir dan batin atau mereka berkahwin dengan tujuan untuk menzalimi isteri mereka.

 

  1. Makruh – – lelaki yang tidak berkemampuan dari segi nafkah zahir tetapi berkeinginan untuk berkahwin

 

 

Hikmat-hikmat perkahwinan.

  1. Untuk memenuhi tuntutan fitrah zahir dan batin manusia yang memrlukan pasangan hidup
  2. Dapat  zuriat  yang bersih dan salih.
  3. Untuk menyalurkan nafsu seks dengan cara yang diharuskan oleh syarak
  4. Dapat mengatur kehidupan yang lebih baik, kemas dan teratur.
  5. Hidup mempunyai sistem dan sentisa menjalankan tanggungjawab terhadap diri dan  keluarga
  6. Dapat membendung serta membenteras gejala sosial, perzinaan, bohsia dan seks bebas.
  7. Sebagai sunah dan ibadah
  8. Mengiratkan silaturahim
  9. Memupuk semangat tanggungjawab suami dan isteri
  10. Melahirkan zuriat yang baik

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: