Penindasan Dalam Jual Beli

Penindasan dalam Perniagaan

 

1 .Harga yang tinggi:

Penjual yang meletakkan harga yang tinggi adalah dikira menindas kerana Islam menggalakkan tolak ansur dan timbang rasa (al-Musamahah).  Oleh itu, Islam mengharam­kan ihtikar (menyimpan barang untuk menaikkan harga) dan mengharamkan Bai’ al-Najasyi (Ielong dengan tujuan menaikkan harga).

2. Penipuan:

Sebarang jenis penipuan sama ada yang berkaitan dengan jenis barang, kualiti barang, spesifikasi (sifat) barang yang dijual atau tentang penyerahan barang adalah haram.  Maka penipuan dilarang sama sekali dalam jual beli atau dalam perkongsian (syarikat).  Jelasnya, mendapatkan harta orang lain dengan cara penipuan adalah haram dan dikira memakan harta orang secara batil.  Untuk mengelak daripada berlakunya penipuan ini, maka Islam melarang beberapa j ual beli.

 

Contoh jual beli yang diharan-ikan kerana terdapat unsur-unsur penipuan ialah:

 

  1. Pembeli menjual barang yang belum diterima serahan barang itu daripada penjual pertama.  Ertinya pembeli sudah membeli sesuatu barang yang belum diterintanya, tetapi ia menjualnya pada pihak lain (Bai’al-Sil’ah Qabla Qabdhiha).

 

  1. Menjual sesuatu yang tidak ada pada pemiliknya ertinya menjual barang y,”g tidak ada pada penjual (Bai’ Ma Laisa ‘Indahu).

 

  1. Menjual kambing atau sebagainya tanpa memerah susunya dengan tujuan untuk memperdaya pembeli bahawa kambing itu mempunyai banyak susu (Bai’ al-Misrah).

 

  1. Orang bandar membeli daripada orang kampung ditengah jalan sedangkan orang kampung itu bermaksud hendak menjualkannya sendiri di bandar dan ia belum tahu harga jualan yang sebenar (Bai’ al-Hadhir Libadin).

 

  1. Pada masa sekarang cara jual beli ini disebut jual bell melalui broker yang akan menaikkan hargajualan tanpa modal dan tanpa diketahui oleh penjual atau pernilik asal.  Broker ini akan secara langsung memeras penjual asal dan pembeli.

3. Paksaan:

Sebarang unsur pemaksaan yang berlaku dalam kontrak jual beli ‘ adalah salah dan menjadikan kontrak jual beli itu tidak sah.  Seseorang itu tidak boleh dipaksa menjual atau membeli sesuatu kecuali jlka dia berhutang dan hakim memutuskan supaya hartanya dijual demi untuk menjelaskan hutangnya untuk mengelak pemaksaan, maka Islam telah meletakkan “Kerelaan” sebagai salah satu rukun jual beli.

4. Mengenakan tanggungan ke atas pembeli:

Dalam masa sekarang, pembeli kadang-kadang dikenakan bayaran tertentu di luar harga baranc, yang tidak sepatut­nya ditanggungnya.Umpamanya pengangkutan barang atau pengurusan.  Penjual kadang-kadang mengenakan kos pengangkutan dan pengurusan itu seluruhnya ke atas pembeli.  Sepatutnya pembeli hanya akan dikenakan kos pengangkutan jika ingin menerima serahan barang di tempat yang berbeza dari tempat yang dipersetujui dalam kontrak-.  Dalam kontrak jual beli Islam jika berlaku perkara seperti ini, maka kontrak itu boleh dibatalkan.

5. Monopoli:

Monopoli barangan dengan tujuan menaikkan harga adalah haram.  Sebarangjenis bentukjual beli yang mem­punyai unsur ini adalah haram.  Jual beli pada masa kini’ yang boleh dimasukkan ke dalam kategori ini ialah “Jualan langsung yang mengenakan harga yang tinggl.”

6. Tidak menyatakan keadaan barang yang sebenar:

Perkara ini kerap berlaku dalam keadaan penjual tidak mahu memberitahu kecacatan barang.  Pembeli teraniaya kerana tidak memperolehi barang seperti yang dijangka­kan.  Melalui perundangan Islam, ia memberi hak kepada pembeli untuk membatalkan kontrak iaitu melalui hak “Khiyar al-‘Aib

 

 

Nilai-nilai Positif Jual Beli Secara Syari’i

 

  1. Kebaikan melaksanakan jual beli menurut hukum Islam:
  2. Mendorong orang Islam menguasai bidang pemiagaan dan perdagangan.
  3. Mendorong orang Islam untuk melakukan perusahaan juga perniagaan yang diharuskan
  4. Mendidik dan membentuk masyarakat berurus niaga secara Islam.
  5. Mengelakkan perusahaan, perdagangan dan pemiagaan sertajual beli yang dilarang oleh Islam.
  6. Melaksanakan kewajipan fardhu kifayah.
  7. Membina rangkalan dalam perusahaan, perniagaan dan jual beli di kalangan umat Islam.
  8. Melaksanakan sistem ekonomi yang dituntut oleh Islam.
  9. Menyelamatkan umat Islam daripada terjebak dalam sistem kapitalis dan sosialis yang menindas.
  10. Membina kekuatan ekonomi umat Islam.
  11. Mengharapkan keberkatan, kurniaan dan keredhaan Allah Ta’ala.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: