Akad Nikah

AKAD PERKAHWINAN

 

NIKAH

Bahasa: berkumpul atau berhimpun

Istilah : suatu ikatan melalui akad yang menggunakan perkataan kahwin diantara lelaki dan perempuan bagi mengharuskan pergaulan di antara mereka dan menghalang persetubuhan yang diharamkan  sebelumnya.

Rukun Nikah

  1. Lelaki bakal suami
  2. Perempuan bakal isteri
  3. Wali
  4. Dua orang saksi
  5. Ijab dan qabul

 

Syarat lelaki bakal suami

  1. Tidak dalam ihram
  2. Pilihan sendiri
  3. Bukan muhrim kepda pengantin perempuan
  4. Belum beristeri 4
  5. Mengetahui bakal isteri dan wali
  6. Jelas kelakian

 

Syarat perempuan bakal isteri

  1. Tidak dalam ihram
  2. Bukan isteri orang
  3. Bukan muhrim kepada pengantin lelaki
  4. Bukan dalam idah
  5. Islam @ ahli kitab asli
  6. Kerelaan sendiri bagi janda
  7. Jelas seorang wanita
  8. Perempuan yang sudah ditentukan.

 

Syarat Wali

  1. Baligh
  2. Islam
  3. Merdeka
  4. Bukan dalam ihram
  5. Lelaki
  6. Kerelaan sendiri
  7. Adil
  8. Waras

 

Syarat dua orang saksi

  1. Baligh
  2. Islam
  3. Merdeka
  4. Lelaki
  5. Adil
  6. Waras
  7. Mendengar dan melihat dengan baik
  8. Memahami ijab dan kabul
  9. Bukan wali perkahwinan tersebut

 

Syarat Ijab dan qabul

  1. Berterusan dan tidak diselangi dengan diam yang lama.
  2. Ada hubungan ijab dan qabul
  3. Disebut perempuan dengan khusus dalam ijab dan qabul
  4. Didengar 2 saksi yang faham maksudnya
  5. Tidak ada taklik
  6. Tidak aada batasan waktu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: