KECEMERLANGAN2

PROGRAM KECEMERLANGAN SYARIAH

KERTAS DUA

 

AYAT AHKAM

 

 

Disediakan oleh

 

Abdul Wahab Bin Che Amat

Penyelaras Syariah STPM

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Baling

09100 Baling Kedah Darulaman

.1 

 

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ(6)

 

2005

(a) Terjemahkan potongan ayat قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا   serta jelaskan maksud أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ [10]

(b) Berdasarkan ayat al-Quran di atas dan nas-nas yang lain, nyatakan gambaran azab neraka.     [10]

1(a) Terjemahan أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ

Jaga-jaga dan awasilah diri kamu serta orang dalam tanggungan kamu daripada keazaban api neraka.

Maksud anfusakum wa ahlikum: قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا  

  • Individu/diri – mesti menjaga anggota tubuh badannya dari melakukan maksia – huraian
  • Ketua keluarga – mesti menjaga anak-anak dan ister-isteri dan orang dibawah jagaan daripada terjebak dng dosa huraian
  • Ketua kampung – mesti menjaga ahli khariahnya dari terlibat dengan gejala tidak sihat – huraian.
  • Menteri Besar – mesti menjaga negeri supaya sentiasa terhindar dari terlibat dengan maksia – huraian.
  • Perdana Menteri – mesti menjaga negara agar sentiasa berjalan merngikut landasan agama – huraian.

 

(b)     Gambaran azab neraka:

(a)     Malaikat yang keras(Ghilaz) – huraian.

(b)     Malaikat yang kasar(Shidad) – huraian.

(c)     Manusia dan batu jadi bahan bakar

(d)     Nas/Dalil.

.

          m x 4 = 8 markah

21.

 

يَابُنَيَّ إِنَّهَا إِنْ تَكُنْ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ(16)يَابُنَيَّ أَقِمْ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنْ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ(17)وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ(18)وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ(19(

 

 

2008

a] Berdasarkan ayat di atas, huraikan enam perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya diikuti oleh manusia.                                                                                           [12]              

b] Jelaskan kebaikan yang akan diperoleh daripada penghayatan ayat 17 di atas [8 ]                                                                   

a] Enam wasiat yang dikhabarkan oleh Allah supaya diikuti oleh manusia :

1. Meyakini balasan akhirat bagi setiap  perbuatan yang dilakukan , baik  atau  buruk.

    2. Dirikan solat.

    3. Menyuruh manusia melakukan makruf/Amar makruf.

    4. Mencegah mungkar/ Nahi mungkar.

    5. Hendaklah bersabar atas segala bala bencana.

    6. Jangan memalingkan muka [memandang rendah] kepada manusia.

    7. Jangan berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong.

    8.  Langkah sederhana [tidak terlalu gopoh atau perlahan ] ketika berjalan /  Berhemah.  

 9.  Rendahkan suara apabila berbicara dengan manusia/ tidak memekik atau menjerit.  

10. Sederhana dalam kehidupan.

                                                                               6 fakta dan huraian=12 markah

b] Kesan baik yang akan diperoleh daripada penghayatan ayat 17 di atas.

1. Mendirikan sembahyang

            i.         Membantu untuk membendung daripada maksiat.

           ii.         Membersihkan jiwa dan hati.

         iii.         Memberi ketenangan jiwa.

         iv.         Meningkatkan ketenangan.

2. Menyuruh melakukan perkara kebajikan dan makruf:

         i.            Melahirkan masyarakat yang bertamadun dan taat.

        ii.            Melahirkan masyarakat yang mentaati  Allah.

3. Melarang daripada melakukan perkara mungkar:

         i.            Masyarakat terhindar dari melakukan kejahatan atau maksiat.

        ii.            Terhindar dari keburukan.

4. Bersabar atas segala bala bencana yang menimpa:

         i.            Melahirkan kekentalan jiwa mengharungi perjuangan.

        ii.            Tidak mudah putus asa.

PJB 06

Berdasarkan ayat di atas dan nas-nas lain,huraikan lima wasiat berguna yang dikhabarkan oleh allah supaya diikuti manusia

Jelaskan kesan baik yang akan diperolehi berdasarkan kepada penghayatan ayat 17 di atas.                                                                                                            

Lima wasiat berguna yang dikhabarkan oleh allah supaya diikuti oleh manusia.

  1. Segala kezaliman atau kebaikan yang dilakukan oleh manusia walaupun seberat zarrah samaada tersembunyi dilangit atau dibumi akan allah dedahkan pada hari kiamat nanti untuk balasan.
  2. Dirikan solat
  3. Menyuruh manusia melakukan makruf dan mencegah mungkar
  4. Hendaklah bersabar atas segala bala  bencana
  5. Jangan memaling muka (memandang rendah)kepada manusia
  6. Jangan berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong
  7. Sederhanakan langkah (tidak terlalu gopoh atau terlalu perlahan)ketika berjalan
  8. Rendahkan suara apabila berbicara dengan manusia-tidak memekik atau menjerit                                             

 

5 fakta t dalil dan huraian=10 markah

( b)  kesan baik yang akan diperolehi berdasarkan kepada penghayatan ayat 17 diatas.

 

  1. Mendirikan sembahyang: membantu untuk membendung daripada maksiat serta membersihkan jiwa dan hati.
  2. Menyuruh melakukan kebajikan dan makruf
  3. perbuatan yang elok dan baik membersihkan jiwa
  4. menjadi insan bertamadun
  5. Melarang daripada melakukan perbuatan mungkar
  6. menegah diri sendiri dan orang lain daripada melakukan maksiat dan                         
  7. meninggalkan apa sahaja yang di tegah oleh allah dan diharamkan dari sudut akidah,ucapan,perbuatan atau amalan
  8. Bersabar atas segala bencana yang menimpa:memupuk kekentalan jiwa mengharungi perjuangan                                            

 

4 fakta dan huraian =8 markah

 

1.3

 

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِيَسْتَأْذِنْكُمْ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنْكُمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ مِنْ قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُمْ مِنْ الظَّهِيرَةِ وَمِنْ بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَاءِ ثَلَاثُ عَوْرَاتٍ لَكُمْ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌ بَعْدَهُنَّ طَوَّافُونَ عَلَيْكُمْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ الْآيَاتِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ(58)وَإِذَا بَلَغَ الْأَطْفَالُ مِنْكُمْ الْحُلُمَ فَلْيَسْتَأْذِنُوا كَمَا اسْتَأْذَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ(59)وَالْقَوَاعِدُ مِنْ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ(60)

 

 

 

2002

a. Berdasar ayat di atas nyatakan batas-batas pergaulan antara anak dengan keluarga

 

Perlu minta izin pada tiga waktu untuk masuk ke bilik ibu bapa bagi anak yang  belum baligh dan juga hamba.

  1. sebelum waktu Subuh
  2. waktu tengah hari / selepas atau sebelum zohor
  3. selepas sembahyang lsyak

 

Bagi anak yang sudah baligh dan mukallaf, perlu sentiasa minta izin apabila  mereka masuk ke bilik ibu bapa pada setiap masa.

Kelonggaran dari segi aurat bagi perempuan tua dengan syarat tidak bersolek yang bolel menimbulkan syahwat lelaki yang memandang kepadanya.

(8 markah)

b. Hurai 4 Strategi yang dapat mengembalikan penghayatan masyarakat Islam terhadap sistem pergaulan:

  1. Melalui contoh dan tauladan yang baik dari ibubapa dan huraian.
  2. Melalui budaya masyarakat yang bergaul dengan betul dan huraian.
  3. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang pergaulan dan huraian.
  4. Para pemimpin negara sebagai contoh tambahan yang terbaik dari segi pergaulan dan huraian.
  5. Pendidikan formal di sekolah dan huraian.
  6. Media Massa berperanan dengan baik dan berkesan dan huraian
  7. Dakwah
  8. mana-mana yang munasabah

4 x 3 =12

2007

a) Berdasarkan ayat Surah An Nur 58-60 Jelaskan

(i)  Munasabah ayat tersebut dengan ayat 55,56,57

(ii) Sebab nuzul ayat 58

b) Jelaskan 5 hikmah daripada peraturan yang dinyatakan dalam ayat di atas.

Skema pemarkahan

(i) Munasabah ayat tersebut dengan ayat 55,56,57

Ayat sebelumnya menyatakan peraturan-peraturan umum dalam kehidupan hidup sejahtera.(2m)

Ayat ini menjelaskan peraturan secara khusus dalam keluarga (2m)

Contoh: Minta izin / batasan aurat (2m)

(ii)           Sebab nuzul ayat 58:

1.             Rasulullah s.a.w telah menghantar seorang kanak-kanak  Dia masuk ke rumah Saidina Umar ra dan terlihat keadaan Saidina Umar dalam keadaan yang dia tidak sukai. Saidina Umar terus jumpa Rasulullah saw meminta penjelasan, lalu Allah menurunkan ayat (4M)

atau

2.             Asma’/bin Marthad yang mempunyai seorang hamba yang telah besar. Hambanya telah masuk kepadanya pada waktu beliau tidak suka orang melihatnya.  Beliau mendatangi Rasulullah s.a.w dan meminta penjelasan tersebut, lalu Allah menurunkan ayat 58. (4M)

(b)           Lima hikmat daripada peraturan yang dinyatakan dalam ayat di atas:

  1. Dapat memelihara rahsia, aurat, kehormatan dan keaiban ibu bapa serta huraian.
  2. Membentuk disiplin dan akhlak mulia di kalangan ahli keluarga serta huraian
  3. Membiasakan anak dan orang gaji supaya tidak melihat aurat ibu bapa dan tuannya serta huraian
  4. Menghormati hak ibu bapa serta huraian.
  5. Menjauhkan kanak-kanak daripada melihat perbuatan yang tidak baik dari sudut seks serta huraian.
  6. Mencegah daripada membankitkan syahwat orang yang melihat serta huraian.
  7. Membentuk anggota keluarga yang baik serta huraian.
  8. Elak sumbang mahram
  9. Mana-Mana jawapan yang munasabah dengan hikmah                 (10 markah)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: