Mahkum Fih Dan Mahkum “Alaih

2.4       AL – MAHKUM FIH

Pengertian AL Mahkum Fih

Perbuatan mukallaf yang berkaitan dengan hukum syarak

Seperti perbuatan yang berkaitan dengan Tahrim , maka perbuatan itu dinamakan haram.

-sekiranya perbuatan itu berkaitan ijab dinamakan wajib

Contoh Perbuatan sembahyang itu wajib hukumnya.

Syarat – syarat Mahkum Fih

 

  • Perbuatan yang ditaklifkan itu diketahui oleh mukallaf dengan jelas supaya dapat melaksanakannya mengikut cara dan bentuk yang dituntut

Mukallaf tidak sah ditaklifkan kecuali dijelaskan syarat, rukun dan cara.

وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

  • Perbuatan yang ditaklifkan mampu dilakukan @ ditinggalkan oleh mukallaf

a)       لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

  1. Tidak sah taklif perkara mustahil

Seperti berlawanan sah dan batal,  Contoh tumbuh pokok tanpa benih.

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

  1. Tidak Sah taklif perkara berkaitan dengan tabiat

Seperti Kasih sayang , dukacita dan marah.

وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ                    

  1. Tidak sah taklif supaya orang lain melakukan perbuatan

Seperti Ditaklifkan kepadanya supaya jirannya berpuasa.

وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى

AL MAHKUM ALAIH

 

Pengertian Al Mahkum Alaih

Mukallaf itu sendiri. Dimana Khitab Allah berkait dengan perbuatannya

Mukallaf dikenali dengan Mahkum alaih, kerana dialah yang ditaklifkan hukum syarak.

Syarat – syarat sah taklif

  • Mukallaf mampu memahami dalil taklif dengan sendiri @ melalui perantaraan orang lain oleh itu gila,kanak-kanak,tidur dan lupa tidak ditaklifkan.

 

  • Mukallaf hendaklah mempunyai keahlian . Iaitu kelayakan untuk dibebani dan kelayakan membuat pilihan melaksanakan apa yang ditaklifkan. Oleh itu orang yang dipaksa kufur tidak berdosa.

 

Bahagian Ahliyah

  • Ahliyah Al – Wujub

                Kelayakan manusia untuk menerima hak-hak atau tanggung jawab atau kewajipan 

  • Keahlian Wajib Naqisah

Kelayakan untuk terima hak-hak sahaja tanpa sebarang kewajipan keatasnya dengan syarat lahirnya hidup. contohnya anak yang berada dalam perut ibu berhak menerima hak-hak tidak memerlukan qabul seperti Wasiat dan pusaka.

                                                     i.      Keahlian Wajib Kamaliah

Kelayakan menerima hak-hak dan memikul kewajipan. Keahlian ini bermula dari saat seseorang manusia dilahirkan hinggalah mumayyiz seperti wali wajib keluar zakat fitrah.

  •  Ahliyah Al Adaa

Kelayakan mukallaf untuk melaksanakannya. Seperti mumayyiz, berakal .

                                               

                                                     i.      Hilangnya keahlian Al -Adaa’ sama sekali

Kanak-kanak dan orang gila  membunuh maka tidak dibunuh balas.

                                                   ii.      Mempunyai keahlian A- Adaa’ yang kurang

Seperti kanak-kanak mumayyiz hingga belum baligh @ Lemah akalnya

  • Faedah kepada diri

Terima sedekah sah walau tanpa izin wali.

  • Bahaya kepada diri

Sedekah dan wakaf adalah batal walau izin wali

  • Ada faedah dan ada bahaya

Sah bila izin wali dan tidak sah tanpa izin.

                                                  iii.      Mempunyai keahlian Al-Adaa’ yang sempurna

Seperti golongan baligh dan berakal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers

%d bloggers like this: