Hukum Wad’ei

HUKUM WAD’I

Bahasa: sesuatu yang menyebabkan ada @ tiadanya hukum Taklifi

Istilah: Khitab Allah yang berhubung dengan penetapan sesuatu yang menjadi sebab kepada sesuatu atau menjadi syarat kepada sesuatu atau menjadi pencegah kepada sesuatu seperti Wuduk jadi syarat sah solat.  

Pembahagian Hukum Wad’i

  1. Sebab
  2. Syarat
  3. Mani’
  4. Sahih
  5. Fasad
  6. Azimah
  7. Rukhsah

 

1.  Sebab

Sesuatu yang menjadi asas kepada terbentuknya sesuatu hukum. Seperti melihat anak bulan ramadhan menjadi sebab  berpuasa

فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمْ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ

  Sebab ditinjau dari sudut kemampuan mukallaf

Perjalanan 2 marhalah sebab qasar solat.

         Sebab ditinjau dari sudut keadaan

 

  • Sebab Hukum Taklifi

Masuk waktu sebab wajib solat .

  • Sebab hukum Wad’I

Pindah milik sebab sah jual beli

        Sebab dari sudut munasabah @ tidak dengan  hukum

  • Sebab munasabah dengan hukum.

Curi potong tangan untuk jaga maslahah

  • Sebab tidak munasabah dengan hukum

Masuk waktu sebab wajib solat sedangkan akal tidak dapat fikir tujuan dan matlamatnya.

 2.  Syarat

Sesuatu yang kerananya tercipta sesuatu hukum dan menjadi syarat sahnya sesuatu perbuatan. Apabila syarat tidak ada ,maka perbuatan itu dikira tidak sah dengan sendirinya.

  1. Syarat dari sudut perkara yang menyempurnakannya.
  • Syarat bagi hukum. Contohnya cukup haul menjadi syarat wajib keluarkan  zakat
  • Syarat yang menyempurnakan hukum. Contohnya Kemempuan menyerah menjadi syarat sah jual beli.

 

  1. Syarat dari sudut wadi’ah @ sumber
  • Syar’i .

Contohnya syarat berwuduk untuk sembahyang.

  • Jadian  

Contohnya Ada penjamin syarat hutang dalam jual beli

3.  Mani’

 

Tegah. Halang.

Penghalang kepada sesuatu yang mana adanya menyebabkan sesuatu hukum itu tidak dapat dilaksanakan.

Contoh ada mani’ jika beza agama. Jadi tidak boleh warisi harta sebab beza agama walaupun bersaudara.

  • Mani’ Lil Hukmi @ Penghalang Hukum

 

Suatu perkara dengan kewujudannya menyebabkan tidak terjadi hukum walaupun ada sebab cukup syarat  Contohnya membunuh pewaris menjadi penghalang daripada dapat harta pusaka

  • Mani’ Lil Sabab @ Penghalang Sebab

 

Perkara yang mana dengan kewujudannya menyebabkan penghalang sebab. Contoh seorang yang cukup nisab hartanya tetapi masih berhutang menyebabkan penghalang dari berzakat

4.  Sahih

Suatu perbuatan yang boleh menghasilkan kesan seoerti yang dimaksudkan serta kesan yang bersifat syarak,  sama ada berbentuk ibadat @ percakapan @ muamalat

Contohnya sembahyang – tunaikan dengan cukup syarat dan rukunnya .Ia menjadi sah dan dapat tinggalkan kesan iaitu bebas daripada tanggungjawab dan berhak dapat pahala .

5.  Fasad

Sesuatu perbuatan yang tidak meninggalkan kesan yang dimaksudkan sama ada ibadat @ ucapan dan muamalat.

Contoh sembahyang yang tidak cukup syarat maka batal dan tidak tinggalkan kesan .Jadi , bila batal tidak bebas dari tanggungjawab.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6.  Azimah

Cita-cita  @ azam terhadap sesuatu

وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا

Hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah sejak awal lagi terhadap semua mukallaf dan tidak pernah berubah sejak asalnya atau berubah menjadi semakin berat,. Contoh sembahyang yang ditetapkan tidak pernah berubah.

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Bahagian- bahagian Azimah

  • a)Wajib
  • b)Sunat
  • c)Haram
  • d)Makruh
  • e)Harus

 

 

 

 

 

7.  Rukhsah

Mudah

Hukum syarak yang disyariatkan oleh Allah sebagai suatu keringanan terhadap mukallaf dalam keadaan khusus yang membolehkan mengambil keringanan itu

-Contoh boleh tinggal puasa orang yang bermusafir.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers

%d bloggers like this: