Al Hakim Dan Hukum Syarak

AL HAKIM

Sesuatu itu datang daripadanya. Hakim mutlak adalah Allah

Sesuatu hukum itu dapat diketahui melalui rasul atau akal

Muktazilah dan Syiah Jaafariah

  • Setiap perbuatan ada kebaikan dan keburukan. Dengan itu akal mampu nilai samada perkara itu baik atau buruk.
  • Hukum Allah selari dengan fahaman akal. Apa yang akal pandang baik maka baiklah di sisi Allah
  • Perkara akal tidak boleh fikir seperti Hikmat dan kelebihan sembahyang maka akan dinilai kepada arahan dan larangan dan penjelasan syarak.
  • Dengan itu semua manusia dikira mukallaf walaupun tidak ada rasul. Sebab akal boleh nilai.

 

Abu Hassan As-Sya’ari

  • Akal semata-mata tidak mampu fikir
  • Perlu rasul untuk mengetahui hukum Allah.
  • Manusia tidak boleh nilai baik atau buruk kecuali Allah
  • Baik buruk dapat dinilai selepas suruhan atau larangan syarak
  • Manusia tidak mukallaf sebelum utus rasul

 

Abu Mansur Al-Maturidi

  • Baik buruk akal yang menilai berdasarkan kesan  yang lahir selepasnya
  • Perbuatan baik yang akal nilai itu diarah oleh syarak
  • Bukan akal semata-mata
  • Akal manusia waras pintar namun tetaplemah dan terbatas.
  • Hukum Allah mesti dapat melalui rasul
  • Belum ada Rasul maka tidak ditaklifkan.

 

  2 )  HUKUM

Ialah sesuatu yang berasal daripada hakim yang menunjukkan maksudnya mengenai perbuatan mukallaf

2.1)   PENGERTIAN HUKUM SYARAK

BAHASA

-Menetapkan sesuatu terhadap sesuatu

ISTILAH

Titah @ kitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf samada secara tuntutan atau pilihan atau secara wad’i.

BAHAGIAN

  • A) tuntutan supaya dilakukan
  • B) tuntutan supaya meninggalkan

 

Tuntutan supaya dilakukan

  • -tuntutan supaya dilakukan dengan pasti iaitu wajib
  • -tuntutan supaya dilakukan dengan tidak pasti iaitu sunat

 

Tuntutan supaya meninggalkan

  • -tuntutan supaya meninggalkan dengan pasti iaitu haram
  • -tuntutan supaya meninggalkan dengan tidak pasti iaitu makruh

 

PEMBAHAGIAN HUKUM

  1. -Hukum taklifi
  2. -Hukum wad’i

 

  2.1.1 Hukum Taklifi

  • Khitab Allah yang mengandungi tuntutan supaya melakukan sesuatu perbuatan atau tuntutan supaya meninggalkan atau diberi pilihan.
  1.  
    • Dikenali sebagai taklifi kerana didalamnya terkandung pembebanan terhadap mukallaf tetapi mengikut kemampuan seseorang Contohnya, menunaikan haji

 

BAHAGIAN HUKUM TAKLIFI MENURUT JUMHUR ULAMAK

  1. Ijab
    • Khitab Allah yang meminta supaya melakukan segala perkara dengan tuntutan yang mesti.
    • contoh:  Dalil Wajib Puasa
    • يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ

 

  1. Nadbu
    • Khitab Allah yang meminta supaya melakukan dengan tuntutan tidak pasti
    • contoh:dalil Menulis dalam berhutang.
    • يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ

 

  1. Tahrim
    • Khitab Allah yang meminta meninggalkan sesuatu dengan tuntutan cara mesti
    • Contoh:dalil Melarang zina
    • وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

 

  1. Karahah
    • Khitab Allah yang meminta supaya meninggalkan dengan tuntutan yang tidak pasti
    • contoh: dalil
    • لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ

 

5.       Ibahah

  1.  
    • Khitab Allah yang membolehkan membuat pilihan melakukan @meninggalkan
    • Contoh:dalil
    • لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ

 

Daripada kelima-lima hukum taklifi ini , maka terbentuk pula kesan sampingan iaitu dikenali sebagai Ahkam al-Khamsah iaitu:

  1. Wajib
  2. Mandub
  3. Haram
  4. Makruh
  5. Mubah

 

  1. 1.                   Wajib
  • Sesuatu perbuatan yang akan diberi pahala melakukannya dan berdosa apabila meninggalkannya.Contohnya berpuasa bulan ramadhan
  • Pembahagian wajib:
    • Wajib dari sudut masa

 

1.Wajib Mutlak:

Tuntutan yang tidak ditetapkan waktu – Bayar kifarat

2.Wajib Muaqqat:

Tuntutan yang ditetapkan waktu – Sembahyang  Fardu.

 

  1. 1.       Wajib Muwassa’:

Wajib terhad degan tempoh yang luas.seperti Sembahyang Subuh mulai terbit fajar sodik hingga terbit matahar, sedangkan kerjanya hanya beberapa minit sahaja.

  1. 2.       Wajib Mudayyaq :

Wajib terbatas dengan tempoh yang terhad. Seperti puasa mulai terbit fajar sodik hingga terbenam matahari.Tidak lebih dan tidak kurang.

 

  • Wajib dari sudut kadar

 

1.Wajib Muhaddad:

Wajib yang ditentukan kadarnya mengikut cara ditetap syarak seperti sembahyang mesti cukup syarat dan rukunnya.

2.Wajib Ghair Muhaddad:

        Wajib yang tidak ditentukan kadarnya oleh syarak

 seperti  memberi makan kepada orang kebuluran.

 

  • Wajib dari sudut mukallaf

 

1.Fardu Ain:

Kewajipan yang diwajibkan kepada setiap individu yang mukallaf.seperti belajar al-Quran

 

2.Fardu Kifayah. :

Kewajipan yang diwajibkan kepada seluruh mukallaf di mana seandainya ada diantara mereka yang melaksanakan tanggung jawab tersebut maka terlepaslah mukallaf yang lain.

  • Wajib dari sudut perkara

 

  1. Wajib Mu’ayyan

Sesuatu perkara yang telah ditentukan oleh syarak supaya melaksanakan tanpa ada pilihan seperti Solat.

  1.  
    1. Wajib Mukhayyar :

Sesuatu perkara yang telah ditentukan oleh syarak supaya melaksanakan dengan ada pilihan memilih salah satu daripadanya seperti Kaffarah sumpah. Pilih samada beri makanan 10 miskin @ beri pakaian @ merdeka hamba.

فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ

  • Wajib Mukhayyar yang harus laksana semua

Seperti Kaffarah sumpah. Harus menunai ketiga-tiganya sekali walaupun kewajipan asalnya hanya memilih salah satu .

  • Wajib Mukhayyar yang tidak harus laksana semua  : 

Seperti ketua negara yang meninggal mesti diganti seorang sahaja walau yang layak ramai.

 

  1.  
    1. Wajib Murattab  :  

Sesuatu perkara yang telah ditentukan oleh syarak supaya melaksanakan dengan tertib seperti  Kaffarah Bersetubuh bulan Ramadhan ialah Merdeka hamba, jika tidak mampu puasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak mampu beri makan 60 miskin.

  1. Mandub
  • Sesuatu perbuatan yang akan diberi pahala melakukannya dan tidak berdosa apabila meninggalkannya.Contohnya-
    •  
    • Bahagian sunat:

Sunat Mu’akkad

Sunat yang selalu dikerjakan oleh nabi seperti Sembahyang Fardhu berjemaah.

  1. Sunat Ghair Mu’akkad

Sunat yang tidak selalu dikerjakan oleh nabi hanya kadang-kadang sahaja  seperti Puasa Isnin dan Khamis.

  1. Sunat Zawa’id

Amalan sunat dengan mencontohi cara hidup Nabi seharian seperti Cara makan dan minum Nabi.

  1. Haram   

Perbuatan yang diberikan pahala apabila meninggalkan dan apabila melakukannya.

Bahagian haram:

  1. Haram Lizatihi

Sesuatu perkara yang diharamkan semenjak semula jadi sebab ada kemudharatan dan kesan yang tidak baik. Seperti mencuri dan merompak adalah haram pada zat perbuatan itu sendiri bukan sebab lain.

 

  1. Haram Lighairihi

Sesuatu perkara yang diharamkan kerana ada sebab lain seperti asal puasa itu wajib atau sunat tetapi haram puasa sebab hari raya.

  1. Makruh
  • Perbuatan yang akan diberi pahala jika meninggalkan dan tidak ada apa-apa dosa jika meninggalkannya. Makan petai sebelum hadiri majlis.

 

  1. Mubah
  • Perbuatan yang tidak diberikan pahala melakukannya dan tidak mendapat dosa jika meninggalkannya. Seperti makan roti,nasi dan ulam.

 

 

BAHAGIAN HUKUM TAKLIFI MENURUT ULAMAK HANAFI

 

1.  Fardhu

Khitab Allah yang mengandungi tuntutan melaksanakan sesuatu dengan tuntutan pasti melalui dalil Qat’I seperti maksud al-Quran “ Difardhukan ke atas kamu berpuasa”.

  1.  
    • يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ

 

2.   Ijab

Khitab Allah yang mengandungi tuntutan melaksanakan sesuatu dengan tuntutan yang tidak pasti melalui dalil Zanni seperti maksud al-Hadis Ahad “ Rasulullah memfardhukan kepada orang Islam segantang tamar atay sya’ir ”.

  1.  
    • يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ

 

3.  Nadbu

Khitab Allah yang mengandungi tuntutan melaksanakan sesuatu perbuatan dengan cara yang tidak pasti seperti maksud al-Quran “ Apabila kamu berhutang  maka hendaklah kamu menulis”.

 4. Tahrim

Khitab Allah yang mengandungi tuntutan meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti melalui dalil Qat’i seperti maksud al-Quran “ Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut papa”.

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ

 5.  Karahah Tahrim

Khitab Allah yang mengandungi tuntutan meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti melalui dalil zanni  seperti maksud al-Hadis “ Janganlah kamu menjual barangan di atas jualan orang lain”.

  1. 6.                   Karahah Tanzih
  • Khitab Allah yang mengandungi tuntutan meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang tidak pasti seperti al-Hadis Nabi menegah makan daging kuda dan minum susunya.
  1. Ibahah
  • Khitab Allah yang membolehkan membuat pilihan untuk melakukan @ meninggalkan seperti maksud  al-Quran “ Makanlah dan minumlah…. “.

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

 

BAHAGIAN BERKAITAN HUKUM TAKLKIFI MENURUT ULAMAK HANAFI     

  • Hukum yang difardhukan

Perkara yang syarak minta melakukannya dengan tuntutan pasti melalui dalil Qat’I

seperti sembahyang fardu.

  • Hukum wajib

Perkara yang syarak minta melakukannya dengan tuntutan pasti melalui dalil Zanni seperti al-Hadis Ahad minta baca fatihah dalam sembahyang.

 

  • Hukum yang disunatkan

Perkara yang syarak minta melakukannya dengan tuntutan yang tidak pasti.

 

  • Hukum haram

Perkara yang syarak minta meninggalkan dengan tuntutan pasti melalui dalil Qat’I

 

  • Hukum makruh Tahrim

Perkara yang syarak minta meninggalkan dengan tuntutan pasti melalui dalil Zanni

 

  • Hukum makruh Tanzih

Perkara yang syarak minta meninggalkan dengan tuntutan tidak pasti.

 

  • Hukum yang diharuskan

Perkara yang syarak membolehkan buat pilihan untuk melakukannya atau meninggakannya.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 29 other followers

%d bloggers like this: