KECEMERLANGAN1

Program Kecemerlangan Syariah 1

MUAMALAT

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Baling

09100 Baling Kedah.

 

STPM 1997

(a) Jelaskan Perbezaan jual Salam Dan Istisna’ Serta jelaskan syarat-syarat sah jual salam.

  1. Pengertian
  2. Dalil
  3. Hukum
  4. Hikmah
  5. Rukun dan syarat-syaratnya
  6. Jenis / Bahagian jika ada

 

Bentuk akad

  • Akad (i) : akad salam.(1)
  • Akad(ii) : akad istisna’.(1)

Hukum : sah / harus

  • Salam : sah / harus
  • Istisna’ : sah / harus(2)
  • Dalil Al-Quran
  • Dalil al-hadis(2)

 

1.Syarat-syarat sah akad salam.

  • Hendaklah diketahui jenisnya.(1)
  • Hendaklah diketahui sifatnya.(1)
  • Hendaklah diketahui jumlahnya.(1)
  • Tempoh penyerahannya hendaklah ditentukan.(1)
  • Mengetahui kadar nilai harganya.(1)
  • Tempat penyerahannya hendaklah dimaklumi, jika membawa barang tempahan ke sana memerlukan perbelanjaan.(1)

 

2.Syarat-syarat sah akad istisna’ /tempahan pertukangan:

  • 2.1 Menjelaskan jenis benda yang mahu dibuat,bentuk,kadar dan sifatnya/kerana ia merupakan barang jualan yang wajib dimaklum.Maklumat ini didapati dengan cara tersebut.(1)
  • 2.2 Hendaklah ia merupakan perkara yang biasanya dilakukan di kalangan manusia,seperti bekas bijana,kasut dan sebagainya/menempah untuk membuat kain tidak harus kerana ia tidak pernah dilakukan oleh orang ramai.(1)
  • 2.3 Hendaklah ia tidak dibataskan dengan waktu tertentu/kalau ditentukan tempoh, ia akan menjadi akad salam.(1)

               

3.Perbezaan antara akad salam dan akad istisna’:

  • 3.1 Benda yang dijual di dalam akad salam adalah barang yang tidak tentu yang menjadi tanggungan kepada penjual,baik ia merupakan bahan yang disukat,diukur atau ditimbang.Dalam akad istisna’ (tempahan pertukangan ia merupakan barangan tertentu seperti upah membuat alatan rumah,kasut dan sebagainya.(2)
  • 3.2 Dalam akad salam disyaratkan adanya tempoh yang tertentu..
  • Dalam akad istisna’ tidak memerlukan syarat berkenaan.(2)
  • 3.3 Akad salam adalah mengikat/lazim.
  • Akad tempah pertukangan boleh dibatalkan/tidak lazim.(2)
  • 3.4 Akad salam disyaratkan penerimaan harga tempahan dilakukan di dalam majlis akad.(2)

 

STPM 1998

(a)Jelaskan konsep al-khiyar dalam sistem jual beli islam, dan huraikan bahagian-bahagiannya.

(b) Terangkan implikasi hukum terhadap penjual dan pembeli apabila berlaku kerosakan barang dagangan pada masa khiyar.

 

  1. Pengertian
  2. Dalil
  3. Hukum
  4. Hikmah
  5. Rukun dan syarat-syaratnya
  6. Jenis / Bahagian jika ada

 

 

 

 

Erti khiyar;

hak memilih / tawar-menawar di dalam jual beli

 

Hikmahnya;

agar kedua2 belah pihak bpuas hati dan tidak menyesal\ (plajr nyatakn rukun n syaratnya)

 

Bahagian-Bahagian khiyar.

  • Khiyar al- majlis- proses pemilihan antara kedua-dua belah pihak blaku di majlis akad atau contohnya.
  • Khiyar al-syarat- pmilhan antara penjual dan pembeli utk sama ada mbatalkn @ mneruskn jual –beli dlm jgka masa tertentu (3 hari) atau contohnya
  • Khiyar al-ru’yah Pmilihan  terhadap  barang dengan terlebih dahulu melihat dan mengambil tahu ttg keadaan barang atau contohnya.
  • Khiyar al’aib- Pemilihan boleh dilakukan jika pembeli mendapati kecacatan pada  barang yang dibeli dalam masa khiyar atau contohnya.

 

 (b) implikasi hukum terhadap pembeli

           I.     Berhak batalkn jual beli jika transaksi berlaku secara mutlak (tanpa syarat)

           II.    Berhak membatalkan jual –beli kerosakan berlaku sebelum penerimaan barang

          III.    Boleh dengan kerelaannya menerima barang.

 

 Implikasi hukum terhadap pjual

            I.  harus menjual jika dipersetujui oleh pembeli

            II. jika kerosakan barang sebelum penyerahannya ia ditanggung oleh penjual.

 

STPM 1998

 (a) jelaskan syarat-syarat penubuhan syarikat mengikut perundangan islam.

(b) huraikan keadaan-keadaan yang membolehkan pembubaran syarikat al-abdan.

  1. Pengertian
  2. Dalil
  3. Hukum
  4. Hikmah
  5. Rukun dan syarat-syaratnya
  6. Jenis / Bahagian jika ada

 

(a)Kewujudan syarikat di dalam islam apabila ia memenuhi rukunnya.

  • pemegang saham
  • ii modal
  • iii . projek
  • iv. sighah/ akad perjanjian
  • @ apabila pemegang saham bersetuju dgn apa cara sekalipun sama ada ada perjjian lisan atau bertulis utk keluarkan sst modal bagi melaksanakan projek perniagaan.

 

2. kewujudannya bila mana memenuhi syarat2 berikut…

  • keahlian pmegang saham terdpt 2 atau lebih y memenuhi sya..rat2 tertentu.
  • lafaz pjjian y jelas bdasrkan kerelaan pihak2 terlibat
  • mempunyai projek y jelas da diharuskan oleh syarak.
  • modal syarikat y dinilai dgn matawang tempatan.
  • semua harta dianggap hak milik syarikat
  • pembahagiaan utg dibuat bdasarkan nisbah saham masing2
  • pihak y mgurus mendapat keizinn atau wakalah bagi pengendalian syarikt.

 

 (b)   keadaaan – keadaan y mbolehkan pembubaran syarikat al-abdan.

  • Apabila batal aqad pjjajian akibat pnipuan, pmalsuan  n paksaan.
  • Mati salh sorg phak jka keahlian terdiri dari 2 pihak
  • Apabila ada persetujuan pembubarannya oleh kedua2 pihak.
  • Kehabisan projek
  • Murtad jika keahlian hanya 2 orang sahaja.
  • Gila bila mana keahliannya dua orang..

 

STPM 1999

a)  Huraikan persamaan dan perbezaan antara riba al-nasiah dengan riba al –fadl 

b) Jelaskan pandangan fuqaha serta alasannya bagi persoalan –persoalan yang berikut .

       i)penepatan kadar pertukaran antara ringgit malaysia dengan dolar amerika syarikat . 

      ii)kedudukan wang faedah dan wang simpanan dalam bank bermuamalah secara riba.

 

  1. Pengertian
  2. Dalil
  3. Hukum
  4. Hikmah
  5. Rukun dan syarat-syaratnya
  6. Jenis / Bahagian jika ada

 

a) Persamaan dan perbezaan antara riba al-nasiah dengan riba al-fadl

Takrif riba:

Riba ialah akad bg sesuatu pertukaran barang tertentu yg tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak pd ketika akad atau dgn menangguhkan kedua-dua tukaran itu atau salah satu dr keduanya.

  • Riba al-nasiah:  ialah lebihan salah satu dr dua barang tukaran krn lambat pembayarannya ( bayaran lebih krn lewat bayar )
  • Riba al-fadl:  ialah lebihan salah satu dr dua barang tukaran yg bersamaan jenis ( jual beli barang yg sejenis dan salah satu dr kedua barang itu berlebih )

Titik persamaan dan perbezaan

Titik persamaan

  • i)kedua-duanya adalah haram
  • Dalilnya
  • ii)Kedua-duanya membawa kesan negative kpd masyarakat islam, benci-mem benci,perbalahan dll
  • iii)mana2 jawapan yg munasabah

 

Titik perbezaan

  • i)riba al-fadl:  lebihan yg berlaku pd jenis barang riba sewaktu berlaku pertukaran.Manakala riba al-nasia pula ialah lebihan yg berlaku krn penangguhan barang
  • ii)mana2 jawapan yg munasabah

 

 b) Pandangan fuqaha:

  • hukumnya harus krn pertukaran berlaku pd wang yg tak sama nilainya
  • wang faedah itu adalah haram , krn ianya riba, iaitu setiap lebihan yg disyaratkan ke atas modal.
  • Dalilnya:
  • wang faedah itu boleh diambil dan disedekahkan kpd fakir miskin atau diderma kpd pertubuhan amal kebajikan.
  • Dalilnya:

 

STPM 1999

a) Huraikan lima keadaan yang boleh menambatkan  kontrak mudarabah .

b) Jelaskan lima etika yang perlu ada pada seseorang pegusaha mudarabah dalam kontrak .

 

  1. Pengertian
  2. Dalil
  3. Hukum
  4. Hikmah
  5. Rukun dan syarat-syaratnya
  6. Jenis / Bahagian jika ada

 

(a) Keadaan-keadaan yg mmbatalkan kontrak mudharabah :

  • salah seorang dr pemodal atau pengusaha mmbatalkan kontrak mudharabah.
  • pemodal mlarang pengusaha dr mnguruskan modalnya
  • mati salah seorang,pemodal atau pengusaha: krn kontrak mudharabah mrngkumi prinsip wakalah.Ianya terbatal apabila mati wakil atau pewakil.
  • salah seorang dr mrk hilang kelayakan mngurus harta,sprti gila dsbnya.
  • berlaku kerosakan pd modal sms dlm simpanan pengusaha sblum melabur.
  • murtad-pemodal
  • pengusaha mnggunakn modal utk dri.

 

 (b) Beberapa etika yg perlu ada pd seseorang pengusaha di dlm kontrak Mudarabah:

                  1.Berhati-hati di dlm pengurusannya,tidak dia berurusniaga kecuali dgn harga sms.

                  2.tidak bleh brhutang kecuali di izin pemodal krn bimbang berlaku kerugian ke atas pemodal.

                  3.Pengusaha tidak mlibatkn pemodal dlm berurusniaga dgnnya,takut tak dpt  mnentukn keuntungan.

                  4.Pengusaha tidak bleh mlbatkn pengusaha yg lain,agar ia trlibat sama dlm  usaha perniagaan dan pembahagian keuntungan.

                  5.Pengusaha tak dbnarkn musafir dlm keadaan mmbawa modal kecuali dgn izin pemodal.

                  6.Pengusaha boleh mlakukan apa2 kegiatan yg ada hubung kait dgn usaha  mudarabah.

                  7.Pengusaha tidak boleh mngambil harta yg terlibat mudarabah utk diri.

                  8.Pembahagian keuntungan brdasar persetujuan shj sprti 50:10,30:70 dll.

 

STPM 2000

a.Terangkan maksud istilah muamalat

b.Huraikan fungsi muamalat.

c. Jelaskan keistimewaan yang terdapat dalam sistem muamalat Islam berbanding dengan sistem muamalat yang lain.  

  1. Pengertian
  2. Dalil
  3. Hukum
  4. Hikmah
  5. Rukun dan syarat-syaratnya
  6. Jenis / Bahagian jika ada

 

1.  (a)  Maksud muamalat : Perhubungan antara manusia sesama  manusia dalam memenuhi keperluan masing-masing yang

            selaras dengan kehendak syarak.

     (b)      Fungsi muamalat

  • Mengatur manusia hidup secara kolektif.
  • Memandu manusia mencari,mengurus dan membelanjakan harta mengikut jalan yang diredhai.
  • Menghindar dari berlakunya penindasan,penipuan dan   kezaliman.
  • Menjaga kebajikan setiap ahli masyarakat
  • Melahirkan umat yang bertanggungjawab dan saling menjaga kepentingan antara mereka.
  • Mewujudkan masyarakat yang harmoni.
  • Mana-mana yang munasabah

 

(c) Keistimewaan muamalat:

  • Bersumberkan wahyu dan juga akal yang berteraskan syariat Islam.
  • Menjaga kepentingan semua individu,bukan sesuatu  pihak sahaja.
  • Memberi faedah dan ganjaran di dunia dan akhirat
  • Pelaksanaanya dianggap satu ibadah jika menepati kehendak syariat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 31 other followers

%d bloggers like this: