Jual Beli Haram Sah Dan Tidak Sah

Akibat jual beli tidak berlandas syarak

 

  1. Berlaku penipuan,penindasan
  2. Penting diri dan akhlak buruk
  3. Pembeli akan tertipu dengan tawaran dan iklan
  4. Infliasi dalam negara berlaku sebab sorokan barang

 

Jual beli yang haram tetapi  sah:

  1. membeli barang dengan harga yang lebih mahal daripada harga biasa sedangkan dia tidak perlu kepada barang tersebut tetapi bertujuan untuk menyekat orang lain daripada memilikinya
  2. membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain iaitu dalam tempoh khiyar
  3. membeli dengan cara menyekat di jalanan untuk meniggikan harga
  4. membeli dengan tujuan untuk menyorok dengan tujuan dapat harga yang lebih tinggi kelak
  5. jual brang yang digunakan oleh pembeli untuk tujuan maksiat
  6. jual dengan cara tipu
  7. jual beli dengan mengatasi tawaran penjual dan pembeli lain

 

Jual beli yang haram serta tidak sah:

  1. jual air benih binatang ternakan
  2. jual anak binatang yang masih dalam kandungan
  3. jual buah yang masih di atas pokok
  4. jual benda yang tidak boleh diterima seperti burung di udara
  5. jual hati,daging dengan binatang lain sama ada sama jenis atau tidak
  6. jual bersyarat
  7. jual syarat hutang
  8. jual barang baru dibeli tetapi belum diterima sebab bukan milik sempurna lagi

 

Pendapat ulama’

Imam Syafei – 

Tidak sah jual beli dengan kanak-kanak yang belum mumayyiz

Hanbali dan Hanafi

Sah jual beli kanak-kanak yang sudah mumayyiz  jika barangan adalah kecil    nilainya seperti sekilo gula

Jual beli sarf

 

Takrif jual beli sarf – jual mata wang dengan mata wang

Hukumnya-

  • Harus      Jual emas dengan emas atau perak dengan perak secara sukatan   walaupun tidak sama timbangan dan sifatnya

 

  • Haram     Jual emas dengan emas  jika tidak sama nilai,jenis dan sifatnya serta berhutang

 

Jual beli faedah

Takrif jual faedah- saling mengambil faedah atau manfaat, atau sewa menyewa atau upah mengupah

Hukum jual beli faedah:-

  • Harus berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam surah al-Talaq ayat 6:

 

Terjemahan:…..kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya……..

Sebab untuk kepentingan manusia (masalih al-mursalah)

Jual Beli Jizaf

Jual sesuatu tidak disukat dan tidak ditimbang iaitu dengan cara anggaran atau borong

Syarat sah Jizaf:-

  1. barang yang menjadi tukaran wujud masa akad
  2. pembeli dan penjual tidak tahu kadar barang yang dijual
  3. barang mestilah dalam jumlah yang banyak tetapi tidak melebihi had banyak
  4. barang mestilah berada di suatu tempat khas dan tidak bercampur aduk dengan barang lain
  5. barang mestilah sama dengan apa yang dijangkakan
  6. tidak bercampur dengan barangan yang mempunyai timbangan tertentu waktu akad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 31 other followers

%d bloggers like this: