Jenis Jenis Jual Beli

Jenis-jenis jual beli

 

  1. Jual sarf
  2. Jual faedah
  3. Jual Jizaf
  4. Jual Fuduli
  5. Jual Mua’tah
  6. Jual Tasi’r
  7. Jual ‘Urbun

 

Jual beli Fuduli

               

Takrif –Jual sesuatu yang bukan hak miliknya seperti seseorang itu menjual barangan milik orang lain tanpa diwakilkan atau tanpa izin. Contohnya –seorang suami menjual barang milik isterinya tanpa mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada isterinya.

Hukum jual beli Fuduli :-

               

Mazhab Maliki dan Hanafi

Sah    sekiranya dipersetujui oleh tuannya dan dengan syarat :

(1)  sekiranya ia menguntungkan pemilik asal

                (2)  sekiranya tidak menzalimi pemilik dan penjual serta harga

                (3)  mestilah orang yang mampu melaksanakan urusan jual beli

                (4)  mendapat persetujuan kedua belah pihak selepas akad

Mazhab Syafi’e, Hanbali dan Zahiri

Batal    walaupun setuju kerana persetujuan pemilik harta mestilah di waktu akad. Hujah:

                (1)pengurusan harta orang lain tanpa izinnya adalah ditegah

                (2)bukan pemiliknya dan bukan pemilik waktu akad itu

 

Jual beli Mua’tah

 

Maksud – pembeli dan penjual bersetuju atas penetapan harga , tanpa lafaz ijab dan qabul. Contohnya seseorang itu mengambil barang dan membayar harga tanpa ada sighah ijab dan qabul seperti jualan layan diri di pasaraya

Hukum jual beli Mua’tah :-

 

                -Menurut Jumhur Ulamak(Hanafi ,Malik dan Hanbali)

sah dan harus dilaksanakan.

Syaratnya ialah pembeli dan penjual saling reda meredai

Menurut pendapat Imam Syafi’e

tidak sah

kerana tidak ada lafaz ijab dan qabul yang jelas atau secara sindiran.

Mestilah dengan lafaz kerana keredaan itu tersembunyi di dalam hati dan orang lain tidak tahu

Segelintir pengikut Imam Syafi’e (Imam Nawawi , Bagahawi dan Mutawalli)-

sah walaupun tidak dibuktikan dengan lafaz

kerana sudah menjadi adat kepada manusia tidak ada lafaz ijab dan qabul tetapi saling berterimaan di majlis akad.

Jual beli Tas’ir

 

Kawalan harga oleh pemerintah dalam menetapkan harga sesuatu barang supaya tidak menzalimi pembeli dan penjual . Contohnya barang keperluan asas seperti beras.

Hukum jual beli Tas’ir :-

               

Menurut Syafi’e

 haram sebab bukan miliknya

                Malik dan Hanafi

 harus sebab maslahah umum

Jual beli U’rbun

               

Menjual sesuatu barang dengan syarat membayar sebahagian dari harga barang sebagai wang pendahuluan dan bakinya dijelaskan kemudian (bayar cengkeram) Sekiranya tidak bersetuju Wang tersebut diberikan kepada penjual.

.Hukum jual U’rbun :-

                Jumhur Ulamak

Haram , batal dan tidak sah

kerana mengandungi unsure-unsur penipuan dan kezaliman

Nabi sendiri melarang jual beli cara U’rbun kerana termasuk dalam penipuan dan makan harta orang lain secara haram berlaku penindasan dan hangus sekiranya tidak jadi berurusan

Jual Beli Tunai dan Bertangguh

 

  1. AI-Bai’Bi Thamani al-’Ajil ( Jual beli dengan bayaran tunai)
  2. Al-Bai’Bi Thamani al-Ajil Oual beli dengan bayaran bertangguh).

 

 Kedua-dua jenis jual beli ini berlaku dalam kehidupan seharian.  Biasanya bagi barang-barang keperluan seharian atau yang tidak mahal harganya, orang akan membeli dengan cara tunai seperti barang-barang makanan, pakaian dan alat persekolahan. 

Tetapi bagi memiliki barang yang mahal harganya orang akan membeli dengan cara bayaran beransur seperti kereta dan rumah.  Namun begitu, orang yang kurang berkemampuan atau rendah daya beli biasanya akan membeli barang-barang keperluan secara bayaran beransur atau dibayar bertempoh mengikut tempoh yang dipersetujui antara penjual dan pembeli.

 

A 1-Bai’ Bi Thaniani al-Ajil bermaksud: Menangguhkan bayaran sesuatu barang jualan iaitu dengan pembeli menerima serahan barang dan pcnjual akan menerima bayaran dalam tempoh yang ditetapkan sama ada secara sekaligus atau secara beransur.

 

Al-Bai’Bi Thaniani al-Ajil adalah termasuk dalam kumpulan “Bai’ al-Aial” ( jual beli yang bertempoh).  Jika bayaran didahulukan dan barang dikemudiankan (mengikut tempoh), maka ia dikenali sebagai “al-Salam”.  Jika serahan barang jualan didahulukan dan bayaran dikemudiankan, maka ia dinamakan hutanc,.  Istilah Bai’ al-Ajil dalam konsep mu’amalat di Malaysia bermaksud membeli suatu yang dibayar harganya secara beransur-ansur.

 

 

 

 

 

 

Jenis-jenis Jual Beli Berdasarkan Harga

 

1 . Bai’al-Murabahah:

Jual beli pada harga asal dengan tambahan keuntunean pada kadar tertentu yang kedua-duanya dinyatakan oleh penjual daii dipersetujui olch pembeli.  Contohnya: “Saya jual rumah itu dengan harga pokok RM 50,000 dan saya mengambil untung RM 5,000.” (harga jualan RM 55,000).

2.  Bai’al-Tauliah:

Jual beli pada harga asal dengan penjual tidak mengambil sebarang keuntungan ( Jual beli pada harga kos).

Contohnva:”Saya jual kereta itu dengan harga pokok RM 25,000.” (harga jualan RM 25,000).

3. Bai’al-Wadhi’ah:

Jual beli pada harga yang lebih rendah daripada harga asal dengan penjual sedia menerima kerugian pada kadar tertentu ( Jual beli pada harga di bawah kos).  Contohnya: “Saya jual rumah itu dengan harga RM 45,000 kurang RM 5,000 daripada harga pokok.” (Harga pokok ialah RM 50.000)

4. Bai’al-Musawamah:

Jual beli dengan kerelaan kedua-dua pihak Penjual dan pembeli tanpa menyatakan keuntungan yang  diambil oleh perjual. Contohnya:”Saya jual barang itu kepada kamu dengan harga RM 100.”

5. Bai’ al Isyrak:

Jual beli sebahagian barang dengan sebahagian harga asal dengan penjual tidak mengambil sebarang keuntungan. Contohnya:                “Harga asal tanah itu ialah RM 20,000, saya jual setengah daripadanya kepada kamu dengan harga  RM 10,000

 
Etika/ Adab Perniagaan dalam Islam             

 

  1. Peniaga/ pengusaha: Beriman, bertaqwa, mempunyai ilmu   dan kemahiran, amanah dan dedikasi.
  2. Bahan yang dikeluarkan: Baik, halal dan berkualiti.
  3. Perjalanan perniagaan: Adil, jujur dan teratur mengikut                                                 
  4. Sumber kewangan: Bebas daripada riba dan halal.
  5. Tujuan perniagaan: Meningkatkan modal pengeluaran,      
  6. mendapatkan keuntungan dan memberi kepuasan kepada  pelanggan.                            
  7. Matlamat perniagaan: Membina masyarakat sejahtera,

 

 

 

Akibat mengabaikan perniagaan dikalangan umat Islam

 

  1. Sumber asli tidak dapat dimanfaatkan
  2. Kekayaan diterokai oleh orang lain
  3. Tidak dapat kuasai ekonomi dunia
  4. Taraf kehidupan umat Islam rendah.
  5. Kemiskinan meluas di dunia Islam.
  6. Peluang pembangunan tidak dapat dimanfaatkan oleh umat Islam.
  7. Kedudukan umat Islam dipandang rendah oleh orang lain. 
  8. Umat Islam mundur dan ketinggalan dalam semua lapangan kehidupan dan kemajuan dunia.
  9. Gejala sosial dan jenayah mudah berkembang di dunia Islam.
  10. Mudah menyerah dan mengalah kepada orang lain.
  11. Tidak berupaya menentang penindasan dan penjajahan.
  12. Mudah terjerumus kepada gejala maksiat dan kekufuran.
  13. Tidak dapat menjadi umat yang dihormati dan dicontohi.
  14. Dakwah Islam tidak dapat dilaksanakan dengan lancar atau terbantut.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers

%d bloggers like this: